Manusia ada hati dan perasaan.


Jika pohon semalu ada perasaan malu bila disentuh,begitu juga aku mengingatkan nostalgia lama.

Kita,kamu,anda,awak,kami,mereka dan aku mempunyai hati dan perasaan. Kita tak boleh lari daripada merasa gembira,sedih,cinta dan duka. Semua Anugerah dari Sang Pencipta yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Tidak salah untuk menyatakan semua kita rasa. Tak salah berkongsi setiap rasa itu. Kenapa? Kerana apa yang kita rasa tidak pernah menipu pemiliknya yakni diri kita sendiri. Tapi kita selalu alpa. Setiap rasa dan perasaan yang datang ituah dugaan bagi menentukan kekuatan diri sendiri. Kesabaran yang besar..

Rasa sedih dan duka akan mendekatkan kita pada Pencipta yang satu. Menangisi pada ujian yang diturunkan pada kita. Meminta,merantap dan merayulah kepada Allah :-D

Berpijaklah pada kenyataan walaupun pahit untuk menerimanya.


  • Senyum sambil tenangkan lah hatimu dengan; Tuhan itu menciptakan manusia dengan kekuatan kudrat yang paling tinggi.Jadi kenapa kita harus lemah ya? Kenapa kita harus menyerah sebelum lawan ya? 

kesungguhan cinta lelaki

Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :-
  • Kesungguhannya dalam melakukan sesuatu buat kekasih tanpa sedikit pun tidak terlihat  keterpaksaannya.Semuanya ceria,rela dan penuh bahagia.
  • Dia berasa puasa pabila dapat menghiburkan pasangannya. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak mempedulikan apakah pasangannya mengalirkan air mata tatkala dia ketawa
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda.Kongkongannya semata-mata oleh perasaan cemburu yang meluap-luap itu.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.
  • Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan prhatian terhadapnya.Kadang2 dia seprti budak kecil dalam usaha mendapatkan layanan yang terbaik buat anda.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa saja asalkan membahgiakan anda .
  • Kadang2 dia merajuk kerana mahukan kata2 lembut daripada anda. Dia berasa lega dan gembira apabila mendapat kata-kata pujukan yang amat didambakan oleh hatinya yg telah diselaputi cinta itu.
  • Dia akan gelabah apabila berjauhan dengan anda. Dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dan kekadang kata-katanya puitis sekali.
  • Dia akan kerap bertanya apakah anda masih mencintainya, padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.