kenangan yang berlalu pergi

Assalamualaikum | Waalaikumusalam

photo

setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. setiap yang hitam, pasti ada putihnya. setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. 

tanpa kita sedari setiap saat yang terlepas mempunyai suatu kenangan yang manis. semua itu bergantung kepada seseorang untuk menghargai sesebuah memori. hal yang menggembirakan lagi apabila memori tercipta bersama sama sahabat. memori indah tercipta selama ini terlepas begitu saja  dengan putaran bumi 24 jam sehari 365 hari setahun.  

sahabat penyeri kehidupan kita. tetapi sahabat yang sejati adalah sahabat yang membawa kita ke jalan yang benar. kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakn tenang dan senang. seolah-olah, diwajahnya mempunyai nur yang menceriakan, ada jalan keluar di setiap kebuntuan. saat kita sedih, dia datang. saat bersenang dia turut bersenang.duka bertukar suka,  cuka menjadi madu apabila dia yang bernama seorang sahabat berada di kala susah dan senang.

walau jauh di mata tetap di hati. daripada rapat menjadi renggang dan dari peramah menjadi pendiam. apa yang berlaku tetap berlaku. masa tidak menggubah kita untuk kita menjadi seorang sahabat sejati. hanya diri  kita sahaja yang dapat menilai diri kita sendiri. adakah dari sifat ego salah seorang menyebabkan hubungan sahabat sejati menjadi renggang.mungkin semua ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri. 

teringat kembali kenangan terpahat di minda berulang ketika hubungan seorang sahabat yang selalu ketawa bersama hanya dengan sekelip mata menjadi pemalu dan pendiam di antara satu sama lain. kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.  

1 comment:

Mymy Mushie said...

Jom join , hadiah gempak !

http://mymymushie.blogspot.com/2013/02/giveaway-gossip-girl.html

http://mymymushie.blogspot.com/2013/02/big-giveaway-by-cikgu-fizi-fizgraphic.html